Wednesday 21 September 2016

8 senaman untuk menyayangi jantung anda


Menjadi aktif secara fizikal adalah salah satu perkara terbaik yang anda boleh lakukan untuk jantung anda. Senaman yang kerap membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan memanjangkan usia kehidupan anda. Untuk kesihatan jantung yang optimum, Persatuan Jantung Amerika Syarikat menyarankan 30 minit dengan aktiviti aerobik yang sederhana kepada yang bertenaga sekurang-kurangnya 5 hari seminggu untuk sejumlah 150 minit secara keseluruhannya. Jika anda tidak boleh melakukan semuanya sekaligus dalam masa 30 minit, anda boleh membahagikan rutin senaman anda kepada 10 atau 15 minit setiap segmen. Berikut adalah 8 aktiviti-aktiviti aerobik untuk membantu anda meningkatkan kesihatan jantung anda.

1.Berjalan untuk Jantung yang Sihat

Pertama dalam senarai senaman aerobik ialah dengan berjalan. Berjalan sangat menyeronokkan, selamat, murah dan mudah untuk dilakukan oleh sesiapa jua meskipun pada hari yang sibuk. Anda boleh menetapkan tempoh masa anda dengan berjalan ke tempat kerja, ke kedai runcit dan di sekitar kejiranan anda. Senaman aerobik adalah bagi mereka yang menggunakan otot besar secara berterusan, berirama dari masa ke masa dan berjalan adalah satu contoh hebat yang setanding dengannya.

2.Menaiki Tangga dengan Kerap

Menaiki tangga adalah satu bentuk latihan aerobik yang unik dan mempunyai kesan yang kuat dan positif ke atas kesihatan anda dalam jangka masa panjang. Malah, terdapat bukti saintifik yang menunjukkan bahawa setiap aktiviti harian seperti berjalan dan menaiki tangga adalah paling berkait rapat dengan kesihatan yang sejahtera. Menaiki tangga selama tujuh minit sehari boleh mengurangkan separuh daripada risiko serangan jantung untuk 10 tahun yang akan datang! Ia juga adalah amat mudah untuk mendapatkan sasaran tujuh minit ini, sama ada anda melakukannya di rumah atau di pejabat.

3.Lakukan Aktiviti Berbasikal

Pergerakan bertubi-tubi daripada otot-otot kaki yang besar adalah senaman aerobik yang baik untuk jantung anda. Sama ada berbasikal di dalam rumah atau di luar rumah adalah sesuai untuk rutin senaman ini. Mengayuh basikal pegun di rumah boleh membantu anda meningkatkan kesihatan jantung apabila keadaan menjadi terlalu panas atau terlalu basah untuk anda mengayuh basikal di luar. Kedudukan tempat duduk dan pedal adalah penting untuk mengelakkan kecederaan apabila berbasikal. Oleh itu, pastikan basikal anda diselaraskan dengan baik untuk badan anda. 

 4.Berenang Sepuas-puasnya

Renang adalah salah satu senaman aerobik yang bagus; berenang selama dua setengah jam setiap minggu akan memberikan anda manfaat kesihatan jantung aerobik yang anda perlukan. Satu lagi kelebihan rutin senaman ini ialah mengurangkan tekanan pada tulang dan sendi anda. Ia turut memberi manfaat sekiranya anda mempunyai berat badan yang berlebihan sedikit atau mengalami masalah sendi seperti arthritis. 

 5.Menari Bagus untuk Jantung

Menari merupakan rutin senaman berirama dan aerobik yang menyihatkan jantung. Apa yang anda perlukan adalah sepasang kasut yang baik, ruang untuk beraksi dan muzik yang akan memotivasikan anda. Rentak aerobik yang baik adalah kira-kira 120-135 rentak seminit. Tarian boleh bermula dari tarian yang berimpak tinggi kepada tarian yang berimpak rendah bergantung kepada keupayaan dan pilihan anda, malah anda boleh menari bersama-sama yang lain di dalam kelas seperti Zumba atau bersenam di rumah sendiri.

6.Gunakan Mesin Latihan

Mesin latihan elips adalah salah satu pilihan senaman aerobik yang paling berkembang pesat. Mesin ini boleh didapati di pusat-pusat kecergasan dan semakin dibeli oleh orang ramai untuk senaman di rumah. Kelebihan mesin elips untuk kesihatan jantung adalah ia memberikan anda kedua-dua senaman untuk bahagian atas dan bawah badan sekaligus. Gerakan mesin latihan elips meniru gerakan berjalan kaki dengan impak yang lebih rendah berbanding dengan berbasikal. Pada masa yang sama, pergerakan lengan yang berirama dapat mengalirkan darah ke bahagian otot-otot belakang dan bahu anda.

 7."Zen" dengan Tai Chi

Tai chi adalah satu bentuk senaman lama yang berasal dari Negara China berdasarkan seni mempertahankan diri. Ia menggunakan pergerakan badan yang berirama perlahan dan digabungkan dengan teknik pernafasan dalaman dan penumpuan yang juga dipanggil "meditasi bergerak". Rutin senaman ini adalah baik untuk minda dan badan, termasuk kesihatan jantung.  

8.Jadikan Keseronokan Sebagai Aktiviti Kecergasan

Mengekalkan kecergasan badan tidak perlu menjadi sesuatu perkara yang membosankan! Pada masa kini, permainan-permainan video didatangkan dalam pelbagai jenis dan pilihan. Permainan-permainan interaktif ini boleh mendorong kita untuk bangun dari sofa dan bergerak, terima kasih kepada alat-alat kawalan gerakan penderiaan seperti ‘Wii Remote’. 

Adalah sukar untuk mengenal pasti mana-mana tabiat gaya hidup lain yang menawarkan banyak manfaat sebagai senaman aerobik. Senaman aerobik yang kerap akan membantu mengawal tekanan darah, mengurangkan stres dan kemurungan, memperbaiki tahap kolesterol, membantu penurunan berat badan dan pengekalan, mengurangkan gula dalam darah pesakit kencing manis, meningkatkan kekuatan otot dan tulang serta membantu mengelakkan pembekuan darah. Pilihlah satu senaman aerobik yang anda boleh nikmati dan teruskannya, dan anda akan mendapat manfaat yang lebih daripada apa yang anda boleh bayangkan.

No comments:

Post a Comment